O-gross Dirtbike Club (ODC)

            

 

  PENDAHULUAN.

 

ODC ( Singkatan dari Ogross Dirtbike Club) di tubuhkan pada tahun 2007 atas dasar untuk berekreasi dan memenuhi masa lapang. Terdiri dari pelbagai peringkat umur dari veteran, belia dan anak muda belasan tahun. Bermula dengan bilangan ahlinya dua orang veteran kini telah berkembang melebihi 30 orang ahli sekitar Daerah Kecil Pekan Rengit. Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai motosikal scrambler yang sah.

 

 

TUJUAN DAN MATLAMAT.

  • Menyediakan platform kepada pemilik motosikal terutama versi dua guna / scrambler untuk menjalankan aktiviti berfaedah.
  • Mengajak para belia dari kawasan setempat untuk mengikuti program kelab dalam bentuk yang lebih berfaedah dan selamat.
  • Mengajar para peserta dan memberi contoh kepada peminat motosikal lain supaya mengguna dan menunggang secara  selamat.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti bermotosikal secara berkumpulan.

 

 

    Diakhirnya, kumpulan ini bukan hanya di kenali sebagi kumpulan yang berkisar kepada menjalankan aktiviti bermotosikal. Tetapi akan tertubuh  satu syarikat tempatan yang terlibat dalam industri perniagaan terutama yang berasaskan motosikal pelbagai guna / scrambler.

 

 

PERANCANGAN.

    Ingin mempunyai satu tapak trek motosikal lasak bagi kegunaan ahli. Trek ini akan di gunakan sebagai tempat ahli mengasah bakat atau menjalani latihan menunggang motosikal scrambler secara selamat.

 

Ahli Jawatankuasa

 

AKTIVITI.

AKTIVITI TAHUNAN.

  •   X. Trail Manjung ke Grik Perak
  •   X. Trail Gunung Ledang
  •   X. Trail Gua Musang Kelantan
  •   X. Trail Pos Brook  ke Kuala Bihai Kelantan
  •   X. Trail Selai Mas
  •   X. Trail Sungai Batu
  •   X. Trail Sungai Lamako
  •   X. Trail Cenderawasih
  •   X. Trail Sungai Lintah

 

  AKTIVITI BULANAN.

  •   Aktiviti Bulanan Rengit Bandar Tenggara.

  •   Aktiviti Bulanan Rengit Batu 13 Panti Kota Tinggi.

  •   Aktiviti Bulanan Rengit Air Terjun Kota Tinggi.

  •   Aktiviti Bulanan Rengit Selai.

  •   Aktiviti Bulanan Rengit lukut Sg. Batu , Mawai Kota Tinggi.

 

  AKTIVITI MINGGUAN.

  •   Aktiviti Mingguan Tasek Macap.

  •   Aktiviti Mingguan Rengit Tanjung  Semberong.

  •   Aktiviti Mingguan Rengit Gunung Pulai.

  •   Aktiviti Mingguan Rengit Kg Rahmat Kluang.

  •   Aktiviti Mingguan Rengit  Cenderawasih Kulai.

  •   Aktiviti Mingguan Rengit  Layang-Layang.

  •   Aktiviti Mingguan Rengit  Bukit Nenek.

 

Ahli Jawatankuasa