O-GROSS DIRTBIKE CLUB

MADU LEBAH ASLI

Untuk tempahan hubungi :
En. Sanin : 013 7794078 @  En. rosli : 017 7445473 @ En. Yuss : 013 7361399

Image by koleksi madu ODC

        Madu lebah dikenali sejak zaman Firaun yang memrintah Mesir pada 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greed dan Rom. Menurut sejarah Islam, penggunaan madu lebah dalam perubatan sangat masyhur dan bertepatan dengan Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud ;
      “Madu penyembuh segala penyakit manusia dan Al Quran penyembuh segala penyakit hati”
 
        Madu disyorkan menjadi makanan tambahan disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai. Madu kaya dengan vitamin A, B kompleks, C dan E, juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, magnesium dan banyak lagi. Madu juga bertindak sebagai bahan makanan bernilai tinggi, makanan penjagaan kesihatan dan ubat pelbagai penyakit. Kajian juga menunjukkan bakteria tidak dapat hidup dalam madu disebabkan faktor zat kalium dalam madu yang menghisap lembapan bakteria. Menurut Prof. H. A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin, beliau mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi.

        Tidak seperti gula tebu dan kanji, madu tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman, mudah dan cepat diasimilasi oleh badan, membekal tenaga yang yang diperlukan dengan cepat, membantu memulihkan tenaga, mudah dan serasi untuk buah pinggang, melawaskan pembuangan air besar semulajadi dan menenangkan badan dan akal fikiran.
        Namun begitu, perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan pelbagai kesangsian terhadap keaslian produk madu yang ada di pasaran. Jika pengguna tersilap pilih mungkin mereka boleh terbeli madu yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan akan mengakibatkan kemudaratan kepada sesetengah penghidap penyakit.

 

Sumber :  http://www.madu-lebah.com 

Sumber :  http://bahterayubalams.tripod.com

Adakah Madu ODC Asli