image by koleksi ODC

PENGENALAN

Madu Nenas Asli ODC

 

         Bermula bulan September 2009 sejarah Kelab Motosikal Scrambler Rengit atau O-Gross Dirtbike Club (ODC) telah menambahkan aktivitinya dengan memelihara lebah untuk menghasilkan madu yang asli. Asalnya ia bertujuan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan dikalangan ahlinya. Diatas usaha, kebijaksanaan serta pemikiran kreatif dan inovasi dalam pengurusan, En. Sanin Bin Rejo Pengerusi Kelab ODC telah meningkatkan usahanya dengan bantuan ahli-ahli kelab untuk menjual madu lebah yang asli kepada yang memerlukan.
       
        Dengan kerjasama ahli kelab ODC dan nasihat dari Jabatan Pertanian Negeri Johor, beliau membeli lebah dari Perak yang bakanya berasal dari Negara Australia. Baka lebah ini kemudiannya dibiak di kawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan ladang nenas. Akhirnya madu lebah berperisa nenas dihasilkan dan dinamakan madu nenas dikalangan ahli kelab ODC sehingga sekarang.
      
        Kini, madu ODC telah mendapat nama dan tempahan kerana keaslian madu berperisa nenas didalam atau diluar Negeri Johor. Dijual pukal secara botol atau timbang (kilogram).
 
Sekiranya inginkan keterangan lanjut mengenai madu nenas,
sila hubungi :- 

 
En. Sanin - 013 7794078
En. Rosle - 017 7445473
En. Yuss   - 017 7361399

 
 
Aktiviti Madu Lebah ODC