Soal Lazim Madu Lebah

 
Soalan :
Adakah menguji madu dengan  menggunakan kuning telur atau mancis api dapat menentukan madu itu asli ?
Jawapan :
Ya tapi tidak semestinya kerana ;
    1. Panas telur boleh menjadikan telur setengah masak.
    2. Batang mancis yang dicelup madu masih dapat dibakar kerana masalah kekentalan,
        maka perlu waktu yang lama untuk meresap keseluruh bahagian batang mancis itu tadi.
 
Soalan :
Bagaimana penjelasan tentang semut yang masih mendatangi madu ?
Jawapan :
Semut datang kerana aroma manis dari madu tetapi tidak memakannya, selain itu sering dikatakan semut tidak mendatangi madu adalah madu yang masih di dalam sarang.
 Madu mengandungi manisan / gula. Walau bagaimanapun manisan / gula ini tidak sama dari segi bentuk / struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75 - 83%).
 
Soalan :
Bagaimana pula tentang madu yang ‘meletup’ ?
Jawapan :
Madu yang meletup biasanya terjadi pada madu yang masih muda kerana terjadi fermentasi yang disebabkan oleh masih tingginya kadar air pada madu tersebut.
 
Soalan :
Bolehkah mengidap penyakit kencing manis minum madu ?
Jawapan :
Ia bergantung jenis pada darah pesakit berkenaan.
 
Soalan :
Cara minum madu yang baik ?
Jawapan :
Campurkan madu dan air sejuk atau suam dengan secukup rasa, minum 2 kali sehari.
 
Soalan :
Bagaimana penyimpanan madu yang baik ?
Jawapan :
Madu disimpan di tempat yang kering dan bersuhu sederhana. Jangan disimpan dalam peti sejuk. Ini kerana terdapat enzim-enzim yang hidup dalam madu, jika disimpan di tempat yang terlalu pasan atau sejuk, enzim tersebut akan mati dan khasiat madu akan hilang.
 
Soalan :
Berapa lama madu boleh disimpan ?
Jawapan : 
Madu boleh disimpan bertahun-tahun lamanya, malah akan menjadi lebih baik. Mengikut sejarah, madu yang tertua ditemui berumur 10,000 tahun yang tersimpan di dalam sebuah piramid di Mesir.
 

KANDUNGAN UMUM MADU LEBAH (CONTENT OF HONEY)

 Air/ Water                       16-25%

Clevulose & Dextosure     75-83%

Sukros/ Sucrose                  5%

Dextrin, Maltose, Gum      1-12%

Galian/ Minerals               0.25%

Lain-lain/ Others               20.75%

 
 
Sumber : https://bahterayubalams.tripod.com